
Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam
nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu
main reverse psikologi dengan saya.
Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ?
Bila mengenangkan awak dah 40. Let say
kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang
kat dalam seluar tu aje lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu
asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam
mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I
suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat
ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah
tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I
akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain.
anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni mmandang serong
pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah
tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat
lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan
rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada
experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia
menguruskan
anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau
senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan
mereka.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula
semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat
nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap
haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.Balik
rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan
anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak
kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau
dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat
kita
dah tak
senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang
indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan,
selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak
pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Insya Allah semua lelaki di
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang
di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang
kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa
pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa
rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak
payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan.
Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah
suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita
nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab
menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial
No comments:
Post a Comment