
Hati dan Perasaan
Tidak boleh dipisahkan
Umpama aur dan tebing
Hanya maut yg dapat memisahkan
Begitu juga aku yang hanya manusia biasa
Antara mereka faham atau pun tidak
Setiap manusia mempunyai gabungan ini
Yang sukar dipisahkan baik atau buruknya
Aku dengan perasaan aku yg sukar difahami
Baik yang disisi atau pun tidak
Berat perasaan yang harus aku bawa ini
Yang tidak semua boleh memahami dan menerima
Kadang2 kerana gabungan ini buat orang terluka
Tapi kadang kala mungkin segelintir yang gembira
Dan cume sekelumit yang mungkin memahami
Dan banyak pula yang tak mengerti
Bagaimana nak aku olahkan kesamaran ni
Yang buat orang semakin mencari erti
Apa yang bermaksud disebalik yg tersurat
Yang lebih bererti didalam tersirat
Mungkin hanya tuhan yang tahu
Perjalanan hati dan perasaan ini
Yang membuat orang disisi tak memahami
Apa yang aku cube sampaikan sendiri
Aku juga sedih bila yang disampaikan tak ke hati
Walaupun aku rasa sudah tepat untuk diketahui
Atau ape yang aku ckp mereka yang tak memahami
Atau hanya sekadar tidah mahu mengerti
Aku tau sukar untuk separuh darinya menerima
Dan mungkin separuh darinya tak mengetahui
Mesej yang dalam kesamaran tapi terang
Hati dan perasaan yang bersarang
p/s : Allah lebih mengerti apa yang aku tanggung
No comments:
Post a Comment