Sunday, April 4, 2010

Kehilangan



Baru2 ini kita dikejutkan dengan pemergian din beramboi yang kembali ke rahmatullah pada pukul 12:30am hari jumaat lepas... dengan usia yang bagi aku boleh dikira muda lagi untuk meninggalkan anak dan isteri serta rakan2 seperjuangan didalam bidang industri seni..dia yang pada mulanya dikatakan terkena jangkitan virus kencing tikus disahkan menghidap denggi pada tahap yang kritikal..kepergiannya yang tidak disangka2 mengejutkan ramai pihak dari segala segi baik artis atau pun orang biasa..masih aku teringat lagi keletah arwah din beramboi sewaktu menjadi juri untuk program realiti tv RAJA LAWAK..tapi bagi aku org yang pertama merasai kehilangan beliau sudah tentu la isteri dia yg selama ini hidup bersama baik pahit atau manis dalam kekeluargaan..perghh mesti perit nak melalui hari2 yang mendatang tanpa dia yg selama ini menjadi tiang pada rumah tangga..dan yg kedua maybe la kan aznil iaitu rakan sekerja beliau didalam riuh pagi di ERA..hurm...aku paham perasaan isteri beliau yang masih lagi merasakan kesedihan arwah yg baru saja meninggalkannya..


Begitu juga aku yang pernah merasa kehilangan orang yg menjadi tiang kepada keluarga aku sebelum ini..dia yang aku maksudkan ialah ayah aku...walaupon berbeza pada umur dia tapi kesan dia masih lagi bersisa dalam hidup aku..teringat aku akan silap dan salah aku sewaktu dia masih lagi bersama2 aku dengan keluarga aku...walaupun berbeza dengan umur ayah aku yang meninggalkan aku sekeluarga tapi kesan yang dialami keluarga dan rakan arwah din beramboi tetap sama dengan mereka2 yang pernah merasai kehilangan orang yg menjadi ketua keluarga selama ini..


Tapi kita sebagai orang ISLAM sememangnya wajib untuk menerima Qada dan Qadar Allah S.W.T..bagaimana kasih sayang seorang ibu menyayangi seorang anak lebih lagi kasih sayang pencipta menyayangi hambanya..hakikat perlu diterima dengan redha walaupun hidup masih berlinangan airmata..berat hati melepaskan org yg disayang berat lagi menerima hakikat ditinggalkan walupun kita tau itu lah hukum didunia..yang hidup mesti mati takde lagi yang dapat hidup selama2nya...baik manusia haiwan tunbuh2an semuanye akan pulang kepada si pencipta...


Begitu juga la aku yang umur semakin meningkat dan tak tau lagi bila akan dijemput pulang ke sisinya..ntah esok lusa atau pon hari ni..dan tak tau juga bila org2 yang aku sayang dalam hidup aku akan meninggalkan aku..kadang2 bila aku duduk sorang2 terkenang balik dapat ke aku harungi benda2 nih..hurm..memang boleh cume perasaan tuh mesti berbeza...orang yang kita sayang dalam hidup selama ini meninggalkan kita..aku tak maksudkan seorang dalam cerita ni tapi apa yg aku maksudkan orang2 yang kita sayang dalam hidup..


Tapi walaupun apa yang terjadi didalam hidup kita yang pergi tetap akan pergi kita tidak boleh menidakkan apa yang sudah ditentukan ilahi...kita hanya hambanya yg lemah dan tidak berkuasa terhadap pencipta...yang pergi tetapkan pergi dan yang hidup perlu meneruskan hidup..kita tak boleh terlalu bersedih sampaikan hidup kita jadi tak terurus..itu kata aku tapi tak tau la apa akan jadi pada aku bila benda2 mcm ni berlaku dalam hidup..cakap memang senang tapi hakikat orang yg menerima benda tu mcm mana pulak...susah ke senang ker..walau apa pun yang penting didalam setiap hati umat islam kita kena tanamkan sifat qada dan qadar didalam hidup..itu yang penting walaupun kadang2 berat untuk hati menerima hakikat..


p/s: Yang pergi tetap pergi dan yang hidup perlu teruskan hidup..

No comments: